Keusahawanan
Perniagaan Kek dan Biskut.
Perniagaan kek dan biskut ini diusahakan oleh seorang anak muda iaitu Cik Jamilah binti Abd. Rahman yang merupakan anak jati Pekan Kubu Gajah. Beliau mengusahakan perniagaan ini secara online bersama kakaknya sejak 2 tahun yang lalu. Pada asalnya, beliau berniaga secara kecil-kecilan dan kini ia telahpun menjadi sumber pendapatan utama beliau. Antara produk yang dijual ialah pelbagai jenis kek,biskut dan juga bakeri.
Beliau juga menereima tempahan untuk pelbagai jenis majlis keramaian dan tempahan akan bertambah terutamanya ketika musim perayaan. Pelanggan boleh membuat tempahan melalui whatsapp dengan nombor 013-5166350 dan juga boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui page Facebook Arissya Homemade Cakes & Cookies.
Ain Mee Rebus
Restoran mee rebus ini merupakan sebuah restoran yang sudah terkenal di kalangan penduduk setempat. Lokasinya amat mudah untuk ditemui iaitu betul-betul di Pekan Kubu Gajah, Jalan Selama-Taiping. Perniagaan ini telah diusahakan hampir 30 tahun oleh sepasang suami isteri. Selain dari mee rebus, terdapat juga menu lain seperti bihun sup, laksa dan juga nasi lemak. Harga bagi makanan ini pula amat murah berbanding di bandar besar, bermula RM1.50 – RM2.50 sahaja. Waktu operasinya bermula 8 pagi hingga 6.00 petang