Maklumat Komuniti
Ringkasan.
Pekan Kubu Gajah ialah sebuah pekan kecil yang menjadi pusat kepada penduduk kampung Kubu Gajah. Pekan ini terletak di dalam mukim Selama, daerah Larut dan Matang dan terletak hanya 5km dari Pekan Selama yang bersempadan dengan negeri Kedah. Antara kampung lain yang berdekatan ialah kampung Tebing Tinggi dan Kampung Sungai Dendang. Cara termudah untuk sampai ke pekan ini ialah melalui Lebuhraya Utara Selatan dan keluar di Plaza Tol Alor Pongsu.
Populasi
Pekan ini mempunyai keluasan tanah 1,103.50 hektar serta populasi penduduk seramai 900 orang. Majoriti penduduk di sini adalah berbangsa melayu iaitu sebanyak 80 % manakala 20 % berbangsa Cina dan India. Aktiviti sosio-ekonomi utama penduduk di sini ialah perladangan kelapa sawit, selain berniaga secara kecil-kecilan.
Parlimen
YB Dato’Seri Hamzah bin Zainuddin
Jawatan dalam kabinet : Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Parti : BN-Umno
Parlimen: P056
Kawasan : Larut
No. Tel : 03-8882 5513
No. Faks : 03-8892 5520/6182
E-mail : menteri@kpdnkk.gov.my
Alamat surat-menyurat : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Aras 13 (Menara), No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62623 Putrajaya.
Dun
YB Ustaz Khalil bin Yahya
Jawatan : ADUN Kubu Gajah
Parti : PAS
Alamat : Pusat Khidmat Masyarakat Adun Kubu Gajah, pekan Ijok Ijok, Perak
No. Tel :05-8801006
JKKK
Jawatan : Penghulu / Ketua kampung
No. Tel : 019-4323264