Pendidikan
SMK Kubu Gajah
SMK Kubu Gajah (SEKUGA) merupakan salah sebuah sekolah menengah di daerah Larut Matang dan Selama(LMS). Merupakan sekolah menengah yang mempunyai bilangan pelajar yang paling sedikit di daerah LMS iaitu sekitar 272 orang pada tahun 2014.
Dibuka pada tahun 2002, ditadbir urus oleh Penolong Kanan Pentadbiran En. Ahmad Azhar Bin Abdullah. Mendapat pengetua pertama iaitu Pn. Hjh Roh Hani Bt. Abdul Latif pada tahun berikutnya. Pn. Hjh Roh Hani telah memperkenalkan sekolah tanpa tong sampah dengan menitik beratkan kebersihan sekitar kawasan sekolah disamping kecemerlangan dalam akademik.
SMK Kubu Gajah telah mendapat gelaran SEKUGA oleh pengetua kedua, Tn. Hj Badri Bin Nordin. SEKUGA membawa maksud "SETIA, KUAT dan GAGAH" selaras dengan visi dan misi yang ingin dicapai oleh SMK Kubu Gajah. Dibawah kepimpinan Tn. Hj Badri Bin Nordin, SEKUGA telah menempa nama dalam bidang akademik terutama dalam peperiksaan awam PMR dan SPM. Kecemerlangan Kokurikulum juga telah ditonjolkan menerusi pengasahan bakat dalam permainan bola baling dan takraw di peringkat zon, daerah dan negeri.
Kecemerlangan SEKUGA telah disambung di bawah kepimpinan pengetua ketiga En. Mohamad Sharif Bin Sharmin. Permainan Petanque telah menjadi sukan yang diminati oleh guru-guru dan pelajar SEKUGA. Permainan Petanque telah berkembang dengan baik di SEKUGA dengan munculnya jaguh Petanque dikalangan guru-guru sehingga ke peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Diperingkat antarabangsa guru-guru SEKUGA telah menyertai kejohanan Petanque yang diadakan di Thailand pada sesi lawatan di sana.
SK Tebing Tinggi
Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi atau nama ringkasnya SK Tebing Tinggi, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampong Tebing Tinggi. Pada 2016, Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi memiliki 192 pelajar lelaki dan 163 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 355 orang. Ia mempunyai seramai 30 orang guru. Pelajar-pelajar di sekolah ini merupakan warga kampung berdekatan iaitu Kubu Gajah, Lembah Keluang, dan juga Felcra Changkat Lobak.
Walaupun merupakan sebuah sekolah yang berada di kawasan kampung, namun kedudukan sekolah ini yang terletak di tepi jalan utama ke Pekan Selama memudahkan masyarakat setempat untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Selain itu, terdapat juga kemudahan dewan serbaguna berbumbung yang boleh digunakan untuk pelbagai majlis terutamanya untuk bermain badminton.