Kisah Kejayaan
MUHD IRFAN BASRI BIN AZMAN - Pelajar ICT
Adik Muhd Irfan Basri merupakan seorang pelajar tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi. Sama seperti kanak-kanak lain, waktu cuti sekolah adalah masa untuk bermain bersama kawan-kawan. Namun, sejak Pusat Internet 1 Malaysia Kubu Gajah dibuka, beliau banyak menghabiskan masanya di sini. Beliau amat rajin datang terutamanya jika ada kelas ICT yang dijalankan. Malah, beliau juga merupakan seorang pelajar yang boleh menguasai kemahiran komputer dengan cepat.
Beliau tidak mempunyai kemudahan komputer ataupun internet di rumah. Satu-satunya peluang untk menggunakan komputer adalah di sekolah namun penggunaannya agak terhad. Dengan adanya PI di Kubu Gajah ini, beliau dapat menggunakan kemudahan yang ada secara percuma. Malah, kelas ICT yang disediakan juga adalah percuma kepada ahli yang berdaftar. Peluang ini tidak dilepaskan oleh beliau untuk belajar mengenai komputer. Pelbagai kelas telah dihadiri oleh beliau seperti kelas asas Ict, e-learning, kuiz dan pelbagai aktiviti yang disediakan oleh PI.
Kini, adik Irfan Basri sudah boleh menggunakan komputer dengan baik. Diusia 11 tahun, beliau sudah boleh menggunakan aplikasi Microsoft Word, Excel dan juga Powerpoint. Beliau juga boleh mencari maklumat di internet menggunakan ejen carian Google. Malah, beliau juga sering datang ke PI untuk mencari bahan ulang kaji atau menyiapkan kerja sekolahnya. Beliau juga sering bertanya kepada petugas PI jika terdapat sebarang kemusykilan. Bagi seorang kanak-kanak yang tinggal di luar bandar, kemahiran ICT yang diperolehi oleh beliau amat membanggakan. Ternyata kewujudan PI di kawasan luar bandar seperti Pekan Kubu Gajah ini telah membantu generasi muda seperti adik Irfan untuk menjadi seorang yang celik IT.
CIK JAMILAH BINTI ABD. RAHMAN
Cik Jamilah binti Abd. Rahman merupakan seorang anak jati Pekan Kubu Gajah. Di usia 29 tahun, beliau telahpun menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Perniagaan yang dipilih ialah perniagaan kek dan biskut. Beliau menjalankan perniagaan secara atas talian dan medium yang digunakan ialah Facebook dan juga aplikasi Whatsapps. Beliau mengusahakan perniagaan ini secara online bersama kakaknya. Pada asalnya, beliau berniaga secara kecil-kecilan dan kini ia telahpun menjadi sumber pendapatan utama beliau.
Perniagaan secara atas talian ini amat mudah dan fleksibel. Namun, beliau tidak mempunyai peralatan komputer serta capaian internet di rumah. Beliau hanya bergantung pada mobile internet, namun, jaringan di kawasan ini kurang baik. Selain itu, beliau juga terpaksa ke Pekan Selama untuk menggunakan kafe siber. Namun, Pusat Internet 1 Malaysia Kubu Gajah telah banyak memudahkan kerja sejak beliau mendaftar sebagai ahli. Beliau boleh menggunakan kemudahan yang disediakan di PI kerana lokasinya berdekatan dengan tempat tinggal beliau. Selain itu, beliau juga sering datang ke PI untuk mengemaskini Page Facebook perniagaannya. Selain itu, beliau juga sering datang ke PI untuk mencari maklumat, resipi ataupun idea baru untuk produknya. Beliau juga sering bertanya kepada petugas PI jika memerlukan sebarang bantuan. Ternyata, wujudnya PI di Pekan Kubu Gajah ini telah banyak membantu beliau dalam memajukan perniagaannya.
Antara produk yang dijual ialah pelbagai jenis kek,biskut dan juga bakeri. Beliau juga menerima tempahan untuk pelbagai jenis majlis keramaian dan tempahan akan bertambah terutamanya ketika musim perayaan. Pelanggan boleh membuat tempahan melalui Whatsapp dengan nombor 013-5166350. Selain itu, pelanggan juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk perniagaan beliau melalui page Facebook Arissya Homemade Cakes & Cookies.
MOHD HADIF BIN HAFIZUL
Adik Mohd Hadif bin Hafizul merupakan seorang pelajar tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Sungai Dendang. Sama seperti kanak-kanak lain, waktu cuti sekolah adalah masa untuk bermain bersama kawan-kawan. Namun, sejak Pusat Internet 1 Malaysia Kubu Gajah dibuka, beliau banyak menghabiskan masanya di sini. Beliau amat rajin datang terutamanya jika ada kelas ICT yang dijalankan. Malah, hampir setiap minggu pada hari sabtu dana had, beliau akan datang ke pusat internet.
Beliau tidak mempunyai kemudahan komputer ataupun internet di rumah. Satu-satunya peluang untk menggunakan komputer adalah di sekolah namun penggunaannya agak terhad. Dengan adanya PI di Kubu Gajah ini, beliau dapat menggunakan kemudahan yang ada secara percuma. Malah, kelas ICT yang disediakan juga adalah percuma kepada ahli yang berdaftar. Peluang ini tidak dilepaskan oleh beliau untuk belajar mengenai komputer. Pelbagai kelas telah dihadiri oleh beliau seperti kelas asas Ict, e-learning, kuiz dan pelbagai aktiviti yang disediakan oleh PI.
Kini, Hadif sudah boleh menggunakan komputer dengan baik. Diusia 9 tahun, beliau sudah boleh menggunakan aplikasi Microsoft Word, Excel dan juga Powerpoint. Beliau juga boleh mencari maklumat di internet menggunakan ejen carian Google. Malah, beliau juga sering datang ke PI untuk mencari bahan ulang kaji atau menyiapkan kerja sekolahnya. Beliau juga sering bertanya kepada petugas PI jika terdapat sebarang kemusykilan. Bagi seorang kanak-kanak yang tinggal di luar bandar, kemahiran ICT yang diperolehi oleh beliau amat membanggakan. Ternyata kewujudan PI di kawasan luar bandar seperti Pekan Kubu Gajah ini telah membantu generasi muda seperti adik Hadif untuk menjadi seorang yang celik IT.
PN. NORAZZUWIN BINTI ISMAIL
Pn. Norazzuwin binti Ismail merupakan seorang penduduk tetap Pekan Kubu Gajah. Berusia 32 tahun, beliau telahpun menceburkan diri dalam bidang keusahawanan secara atas talian. Perniagaan yang dipilih ialah perniagaan kerepek dan produk Hi-O. Beliau menjalankan perniagaan secara atas talian dan medium yang digunakan ialah Facebook dan juga aplikasi Whatsapps. Selain itu, beliau juga menerima tempahan dari penduduk setempat.
Perniagaan secara atas talian ini amat mudah dan fleksibel. Namun, beliau tidak mempunyai peralatan komputer serta capaian internet di rumah. Beliau hanya bergantung pada mobile internet, namun, jaringan di kawasan ini kurang baik. Sebelum ini, beliau juga terpaksa ke Pekan Selama untuk menggunakan kafe siber. Namun, Pusat Internet 1 Malaysia Kubu Gajah telah banyak memudahkan kerja sejak beliau mendaftar sebagai ahli. Beliau boleh menggunakan kemudahan yang disediakan di PI kerana lokasinya berdekatan dengan tempat tinggal beliau. Selain itu, beliau juga sering datang ke PI untuk mengemaskini Page Facebook perniagaannya. Kewujudan PI juga telah membuka satu lagi peluang perniagaan untuk beliau di mana pihak PI telah menyediakan tempat untuk produk kerepeknya. Beliau hanya perlu menghantar produknya dan pihak PI Akan membantu menjualnya kepada pengunjung PI yang datang.
Antara produk yang dijual ialah pelbagai jenis kerepek. Beliau juga menerima tempahan untuk pelbagai jenis majlis keramaian dan tempahan akan bertambah terutamanya ketika musim perayaan. Pelanggan boleh membuat tempahan melalui Whatsapp dengan nombor 010-9204900. Selain itu, pelanggan juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk perniagaan beliau melalui akaun Facebook Norazzuwin binti Ismail Awien.
NUR ZAIRYNA ZUQAIREEN BINTI ZAINAL ABIDIN
Adik Nur Zairyna Zuqaireen merupakan seorang pelajar tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi. Beliau merupakan seorang ahli berdaftar PI dan sejak Pusat Internet 1 Malaysia Kubu Gajah dibuka, beliau sering datang terutamanya untuk mengikuti kelas yang diadakan. Beliau kelihatan sangat berminat dengan kelas dan aktiviti yang diadakan. Malah, beliau juga merupakan seorang pelajar yang boleh menguasai kemahiran komputer dengan cepat.
Beliau tidak mempunyai kemudahan komputer ataupun internet di rumah. Satu-satunya peluang untk menggunakan komputer adalah di sekolah namun penggunaannya agak terhad. Dengan adanya PI di Kubu Gajah ini, beliau dapat menggunakan kemudahan yang ada secara percuma. Malah, kelas ICT yang disediakan juga adalah percuma kepada ahli yang berdaftar. Peluang ini tidak dilepaskan oleh beliau untuk belajar mengenai komputer. Pelbagai kelas telah dihadiri oleh beliau seperti kelas asas Ict, e-learning, kuiz dan pelbagai aktiviti yang disediakan oleh PI.
Kini, adik Zairyna sudah boleh menggunakan komputer dengan baik. Diusia 11 tahun, beliau sudah boleh menggunakan aplikasi Microsoft Word, Excel dan juga Powerpoint. Beliau juga boleh mencari maklumat di internet menggunakan ejen carian Google selain mempunyai akaun media social seperti facebook dan juga Instagram. Malah, beliau juga sering datang ke PI untuk mencari bahan ulang kaji atau menyiapkan kerja sekolahnya. Selain itu,beliau juga sering melayari laman sesawang Brainly.com untuk bertanyakan soalan-soalan berkaitan pelajaran di sekolah. Bagi seorang kanak-kanak yang tinggal di luar bandar, kemahiran ICT yang diperolehi oleh beliau amat membanggakan. Ternyata kewujudan PI di kawasan luar bandar seperti Pekan Kubu Gajah ini telah membantu generasi muda seperti adik Zairyna untuk menjadi seorang yang celik IT.
MUHAMMAD SHAHRIL AMIRUL BIN SHAHRIL RIZAL
Adik Muhammad Shahril Amirul merupakan seorang pelajar tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kubu Gajah. Beliau merupakan seorang ahli PI yang terawal mendaftar. Sejak Pusat Internet 1 Malaysia Kubu Gajah dibuka, beliau sering datang terutamanya untuk mengikuti kelas yang diadakan. Hampir setiap minggu, beliau akan datang ke PI untuk mengikuti kelas atau aktiviti yang dijalankan. Beliau kelihatan sangat berminat dengan kelas dan aktiviti yang diadakan. Malah, beliau juga merupakan seorang pelajar yang boleh menguasai kemahiran komputer dengan cepat.
Beliau tidak mempunyai kemudahan komputer ataupun internet di rumah. Satu-satunya peluang untk menggunakan komputer adalah di sekolah namun penggunaannya agak terhad. Dengan adanya PI di Kubu Gajah ini, beliau dapat menggunakan kemudahan yang ada secara percuma. Malah, kelas ICT yang disediakan juga adalah percuma kepada ahli yang berdaftar. Peluang ini tidak dilepaskan oleh beliau untuk belajar mengenai komputer. Pelbagai kelas telah dihadiri oleh beliau seperti kelas asas Ict, e-learning, kuiz dan pelbagai aktiviti yang disediakan oleh PI. Tambahan pula, kedudukan PI yang terletak berhampiran dengan rumahnya memudahkan untuk beliau datang ke PI.
Diusia 13 tahun, beliau sudah boleh menggunakan aplikasi Microsoft Word, Excel dan juga Powerpoint. Beliau juga boleh mencari maklumat di internet menggunakan ejen carian Google selain mempunyai akaun media sosial seperti Facebook. Malah, beliau juga sering datang ke PI untuk mencari bahan ulang kaji atau menyiapkan kerja sekolahnya. Bagi seorang kanak-kanak yang tinggal di luar bandar, kemahiran ICT yang diperolehi oleh beliau amat membanggakan. Ternyata kewujudan PI di kawasan luar bandar seperti Pekan Kubu Gajah ini telah membantu generasi muda seperti adik Shahril Amirul untuk menjadi seorang yang celik IT.
PN. ZUZANE BINTI MOHD JAINI
Puan Zuzane merupakan seorang usahawan menjual makanan frozen. Beliau mula menceburkan didri dalam bidang perniagaan ini bermula pada tahun 2013. Perniagaan yang dipilih ialah perniagaan kek. Beliau menjalankan perniagaan secara atas talian dan medium yang digunakan ialah Facebook dan juga aplikasi Whatsapps. Beliau mengusahakan perniagaan ini secara online bersama kakaknya. Pada asalnya, beliau berniaga secara kecil-kecilan dan dan kini perniagaan ini menjadi salah satu dari punca pendapatannya.
Perniagaan secara atas talian ini amat mudah dan fleksibel. Namun, beliau tidak mempunyai peralatan komputer serta capaian internet di rumah. Beliau hanya bergantung pada mobile internet, namun, jaringan di kawasan ini kurang baik. Namun, Pusat Internet 1 Malaysia Kubu Gajah telah banyak memudahkan kerja sejak beliau mendaftar sebagai ahli. Beliau boleh menggunakan kemudahan yang disediakan di PI kerana lokasinya berdekatan dengan tempat tinggal beliau. Selain itu, beliau juga sering datang ke PI untuk mencari maklumat, resipi ataupun idea baru untuk produknya. Beliau juga sering bertanya kepada petugas PI jika memerlukan sebarang bantuan. Ternyata, wujudnya PI di Pekan Kubu Gajah ini telah banyak membantu beliau dalam memajukan perniagaannya.
Antara produk yang dijual ialah pelbagai jenis kek. Selain itu, beliau juga sering menjadi tenaga pengajar untuk kelas memasak yang dianjurkan oleh PI. Beliau juga menerima tempahan untuk pelbagai jenis majlis keramaian dan tempahan akan bertambah terutamanya ketika musim perayaan. Selain kek, beliau juga menjual makanan barat Chicken Chop dengan menerima tempahan dan membuat penghantaran kepada pelanggan di kawasan sekitar. Pelanggan boleh membuat tempahan atau bertanyakan sebarang maklumat melalui Whatsapp dengan nombor 012-5377392.
EN. MOHD BAZLI BIN MOHD ZAFRI
En. Mohd Bazli merupakan seorang usahawan yang menjual pelbagai jenis biskut. Beliau menjalankan perniagaan secara atas talian dan medium yang digunakan ialah Facebook dan juga aplikasi Whatsapps. Beliau menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan. Tempahan akan meningkat terutama ketika musim perayaan.
Dengan hanya bergantung pada mobile internet, beliau tetap mampu menjalankan perniagaannya. Namun, jaringan di kawasan ini kurang baik. Sejak wujudnya Pusat Internet 1 Malaysia Kubu Gajah telah banyak memudahkan kerja beliau. Beliau boleh menggunakan kemudahan yang disediakan di PI kerana lokasinya berdekatan dengan tempat tinggal beliau. Selain itu, beliau juga menggunakan kemudahan PI untuk mencari maklumat, resipi ataupun idea baru untuk produknya. Ternyata, wujudnya PI di Pekan Kubu Gajah ini telah banyak membantu beliau dalam memajukan perniagaannya.
Antara produk yang dijual ialah pelbagai jenis biskut. Beliau juga menerima tempahan pada setiap masa, tidak terhad pada musim perayaan sahaja. Pelanggan boleh membuat tempahan atau bertanyakan sebarang maklumat melalui Whatsapp dengan nombor 011-25640855 ataupun melalui Facebook Mohd Bazli.
EN. BADRUL HISYAM BIN AHMAD
En. Badrul Hisyam merupakan seorang usahawan yang menjalankan aktiviti penanaman cendawan tiram kelabu di rumahnya. Pada asalnya, beliau hanya menjalankan aktiviti perniagaan cendawan ini secara kecil-kecilan menggunkan modal sendiri. Pasaran untuk cendawan ini amat luas, namun buat masa ini beliau hanya boleh memenuhi permintaan dari kawasan sekitar sahaja.
Beliau tidak mempunyai kemudahan computer serta capaian internet yang baik di rumah. Malah, jaringan mobile internet di kawasan tempat tinggal beliau juga kurang baik. Sejak wujudnya Pusat Internet 1 Malaysia Kubu Gajah telah banyak memudahkan kerja beliau. Beliau boleh menggunakan kemudahan yang disediakan di PI. Selain itu, beliau juga menggunakan kemudahan PI untuk mencari maklumat berkaitan tempat dan cara pemasaran. Selain pergi berkursus dengan pengusaha cendawan lain, beliau juga menambahkan ilmu berkaitan cendawan memalui internet. Ternyata, wujudnya PI di Pekan Kubu Gajah ini telah banyak membantu beliau dalam memajukan perniagaannya.
Selain dari menjual cendawan tiram kelabu, beliau juga menjual bongkah cendawan kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba tanaman cendawan ini sendiri. Selain itu, beliau juga turut menawarkan kursus asas tanaman cendawan tiram kelabu.Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli cendawan, membeli bongkah cendawan atau mengikuti kursus asas tanaman cendawan boleh menghubungi beliau melalui nombor 019-4843884 ataupun melalui Facebook beliau BAdrul Hisham Bayo.
CIK JAMILAH BINTI ABD. RAHMAN - Beliawanis Celik IT
Cik Jamilah binti Abd. Rahman merupakan seorang belia berusia 31 tahun. Beliau bekerja sendiri iaitu berniaga secara kecil-kecilan.Pada mulanya beliau kurang mahir menggunakan komputer. Malah,beliau juga tidak mempunyai kemudahan komputer dan capaian internet di rumah. Semenjak kewujudan PI, beliau selalu datang ke PI untuk menggunakan kemudahan komputer dan internet. Kadang kala, beliau datang untk membuat kerja-kerja seperti menaip.
Selain itu, beliau juga boleh mencari maklumat di internet atau mencari bahan bacaan secara atas talian. Beliau juga sering membuat urusan-urusan secara online. Beliau juga pernah turut serta dalam program-program anjuran PI seperti kursus keusahawanan. Tambahan pula,penggunaan kemudahan di PI adalah percuma. Beliau juga selalu datang ke PI untuk membuat kerja-kerja atau sekadar melayari internet untuk mencari maklumat. Kadang – kala, beliau akan meminta petugas PI untuk menerangkan sesuatu yang beliau tidak faham seperti cara-cara membuat permohonan secara atas talian. Selain itu, beliau juga seorang yang rajin mencari bahan bacaan secara atas talian.
EN. MOHAMAD SUKRI BIN CHE HAMAD - Peniaga Pakaian Bundle
En. Mohamad Sukri bin Che Hamad merupakan seorang peniaga yang berusia 40 tahun. Beliau berniaga di pasar-pasar sekitar Pekan Selama. Beliau mula berniaga semenjak 7 tahun yang lalu setelah mengikuti kawannya yang berniaga. Sejak setahun yang lalu, beliau telah Berjaya berniaga di sebuah lot kedai yang terletak di kampung Rantau Panjang, Perak. Sebelum ini, beliau hanya berniaga di pasar-pasar sekitar Pekan Selama, Perak sahaja.
Kurang promosi dilakukan dan pelanggannya hanyalah pengunjung yang datang ke pasar sahaja. Dengan adanya kemudahan ICT seperti komputer, internet dan media sosial, beliau boleh membuat iklan dan promosi dengan mudah dan percuma. Malah, iklan dan promosinya lebih meluas dan tidak terhad ke kawasan sekitar Selama sahaja. Beliau atau isteri beliau sering datang ke PI untuk menggunakan kemudahan yang ada seperti menaip dan mencetak sesuatu untuk perniagaannya. Dengan cara ini, beliau dapat memberi imej yang lebih menarik kepada pelanggan.
PN YUSROHAIZAN BINTI MAT YUSOP - Peniaga Home Made Pizza
Pn Yusrohaizan binti Mat Yusop merupakan seorang peniaga di pasar-pasar sekitar Selama, Perak. Selain menjual pizza, beliau menjual barangan makanan lain seperti dodol dan juga biskut. Beliau telah mula berniaga semenjak tahun 2005. Sebelum ini, beliau tidak melakukan apa-apa promosi atau iklan kerana kos yang agak mahal. Oleh itu, pelanggannya sekadar orang yang hadir ke pasar-pasar tempat beliau berniaga.
Beliau dapat menggunakan kemudahan yang ada di PI untuk tujuan perniagaannya secara percuma. Apa yang beliau lakukan ialah dengan selalu membuat iklan atau memuat naik gambar jualannya di media sosial. Selain boleh mengemaskini maklumat jualan di facebook, beliau juga sering mengemaskini lokasi dan waktu beliau berniaga. Cara ini lebih murah malahan percuma dan liputannya amat meluas. Dengan cara ini juga para pelanggannya lebih mudah untuk mengetahui bila dan di mana beliau akan berniaga.Malah, Pelanggan juga boleh menempah atau bertanya soalan berkaitan secara atas talian melalui aplikasi whatsapps.
PN. ZUZANE BT MOHD JAINI - Suri Rumah Celik IT
Pn. Zuzane Bt Mohd Jaini merupakan seorang surirumah berusia 44 tahun. Beliau amat meminati bidang masakan dan sering dijemput untuk menjadi tenaga pengajar untuk kelas masakan. Malah,beliau juga berniaga secara kecil-kecilan. Sebelum ini, beliau kurang mahir untuk menggunakan komputer. Tambahan pula, beliau tidak mempunyai komputer dan capaian internet di rumah. Dengan adanya PI, beliau dapat menggunakan komputer dan internet secara percuma selepas mendaftar sebagai ahli. Beliau juga boleh melayari internet untuk mencari resipi dan juga idea baru untuk dicuba.
Selain itu, beliau juga sudah boleh menyimpan maklumat-maklumat yang dicari ke dalam bentuk file “word” untuk rujukan peribadi. Beliau sering datang ke PI untuk mencari resipi dan mencubanya. Kemudian beliau akan mengajarkan resipi tersebut untuk kelas masakan jika ada jemputan ke program-program masakan. Beliau selalu datang ke PI untuk melayari internet. Tambahan pula, penggunaan komputer adalah percuma. Selain itu, petugas PI juga sering menjadi rujukan beliau jika ada sesuatu yang tidak difahami. Beliau tidak malu untuk bertanya dan meminta pertolongan jika menghadapi sebarang masalah ketika menggunakan komputer.
Shah Mohd Bashrah Bin Hisyam
Adik Shah Mohd Bashrah merupakan seorang pelajar tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kubu Gajah. Beliau juga merupakan ahli berdaftar Pusat Internet 1 Malaysia Kubu Gajah. Beliau tidak mempunyai kemudahan komputer dan internet di rumah dan hanya berpeluang menggunakannya di sekolah sahaja. Beliau juga tidak mahir menggunakan komputer.
Sejak mendaftar menjadi ahli, beliau selalu menghadiri kelas yang diadakan di PI. Kini, beliau boleh menggunakan Microsoft Office seperti Word, Excel dan Powerpoint. Selain itu, beliau juga boleh mencari maklumat menggunakan pelayar Google untuk tujuan ulangkaji pelajaran atau membuat kerja sekolah. Beliau juga selalu datang ke PI untuk mencari maklumat berkaitan mata pelajaran di sekolahnya. Selain itu, beliau juga mempunyai akaun media sosial iaitu facebook.
PI juga menyediakan komputer dan capaian internet secara percuma kepada pelajar dan juga ahli berdaftar. Kemudahan ini dimanfaatkan oleh beliau terutamanya untuk mengulangkaji pelajaran. Ini amat membantu beliau yang tidak mempunyai kemudahan tersebut di rumah.
Muhammad Adren Alif Bin Mohd Azmi
Adik Adren Alif merupakan seorang pelajar tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi. Beliau tidak mempunyai kemudahan komputer dan internet di rumah dan hanya berpeluang menggunakannya di sekolah sahaja. Beliau juga tidak mahir menggunakan komputer sebelum ini. Beliau selalu menghadiri kelas dan juga aktiviti yang diadakan di PI. Kini, beliau boleh menggunakan Microsoft Office seperti Word, Excel dan Powerpoint. Selain itu, beliau juga boleh mencari maklumat menggunakan pelayar Google untuk tujuan ulangkaji pelajaran atau membuat kerja sekolah.
Beliau juga sudah mempunyai akaun media sosial facebook dan Instagram. Beliau sering hadir ke PI untuk menggunakan komputer dan juga internet. Tambahan pula,penggunaan kemudahan di PI adalah percuma. Beliau juga selalu datang ke PI untuk membuat kerja-kerja seperti menaip. Kadang – kala, beliau akan meminta petugas PI untuk menerangkan sesuatu yang tidak difahami. Selain itu, beliau juga selalu hadir ke PI untuk mencari maklumat berkaitan mata pelajarannya di sekolah atau melayari media sosial.
Pn. Sapiah Binti Baharom
Pn Sapiah binti Baharom merupakan seorang suri rumah yang juga merupakan seorang peniaga. Beliau berniaga secara kecil-kecilan di kawasan sekitar jika ada menerima tempahan. Beliau telah memulakan perniagaan sejak beberapa tahun yang lalu. Sebelum ini, beliau hanya berniaga secara kecil-kecilan di sekitar Kubu Gajah jika terdapat tempahan sahaja.Dengan adanya kemudahan ICT seperti komputer, internet dan media sosial, beliau boleh membuat iklan dan promosi dengan mudah dan percuma.
Malah, iklan dan promosinya lebih meluas dan tidak terhad ke kawasan sekitar kawasan Selama sahaja. Beliau sering datang untuk menghantar produknya untuk dijual di PI selain meminta idea untuk membantu menambahkan jualan beliau. Produk beliau semakin dikenali, malah beliau juga menghantar ke kedai-kedai kawasan sekitar untuk dijual. PI menyediakan kemudahan komputer dan internet secara percuma kepada usahawan. Oleh itu, beliau memanfaatkan kemudahan yang ada terutamanya melayari internet untuk mencari maklumat, kerja-kerja menaip dan juga membuat promosi atas talian. Beliau juga akan bertanya kepada petugas PI jika terdapat sebarang masalah atau tidak tahu untuk membuat sesuatu menggunakan komputer.
En. Muhammad Azleen Bin Ismail
Muhammad Azleen bin Ismail merupakan seorang peniaga Online bermula dengan berniaga produk kesihatan. Selain menjual produk kesihatan beliau juga menjual alat-alat solek untuk pelanggan- pelanggan beliau di facebook. Beliau telah mula berniaga semenjak tahun 2012. Sebelum ini, beliau tidak berapa mahir dalam promosi atau iklan. Oleh itu, pelanggannya sekadar orang yang mengenali beliau di kawasan tempat tinggal beliau dan rakan facebook persendirian beliau sahaja.
Beliau dapat menggunakan kemudahan yang ada di PI untuk tujuan perniagaannya secara percuma. Selain boleh mengemaskini maklumat jualan di facebook, beliau juga sering mengemaskini lokasi dan waktu beliau berniaga. Dengan cara ini,pelanggannya lebih mudah untuk mengetahui bila dan di mana beliau akan berniaga.Malah,Pelanggan juga boleh menempah secara atas talian melalui whatsapps. PI menyediakan kemudahan seperti komputer dan jaringan internet secara percuma kepada usahawan. Oleh itu, peluang ini dimanfaatkan oleh beliau untuk datang ke PI dan secara tidak langsung menjimatkan kos. Selalunya, beliau akan datang ke PI untuk mengemaskini akaun Facebook atau mencari maklumat berkaitan perniagaannya.
Pn. Norazzuwin Binti Ismail
Pn. Norazzuwin merupakan seorang usahawan atas talian. Antara produk yang dijual ialah makanan sejuk beku seperti kuih-muih. Selain itu, beliau juga menerima tempahan makanan dan membuat penghantaran kepada pelanggannya. Sebelum ini, beliau kurang mahir dalam promosi atau iklan. Oleh itu, pelanggannya sekadar orang yang mengenali beliau di kawasan tempat tinggal beliau dan rakan facebook persendirian beliau sahaja.
Beliau dapat menggunakan kemudahan yang ada di PI untuk tujuan perniagaannya secara percuma. Selain boleh mengemaskini maklumat jualan di facebook, beliau juga sering mengemaskini status atau iklan berkaitan perniagaannya. Dengan cara ini, pelanggannya lebih mudah untuk mengetahui mengenai produk beliau. Malah pelanggan juga boleh menempah secara atas talian melalui whatsapps atau facebook.
PI menyediakan kemudahan seperti komputer dan jaringan internet secara percuma kepada usahawan. Oleh itu, peluang ini dimanfaatkan oleh beliau untuk datang ke PI dan secara tidak langsung menjimatkan kos. Selalunya, beliau akan datang ke PI untuk mengemaskini akaun Facebook atau mencari maklumat berkaitan perniagaannya
Nur Dania Al-Shifa Binti Mohd Fairut Al-Rashid
Adik Nur Dania Al- Shifa merupakan seorang pelajar darjah 3 di Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi. Beliau juga merupakan ahli berdaftar Pusat Internet 1 Malaysia Kubu Gajah. Beliau tidak mempunyai kemudahan komputer dan internet di rumah dan hanya berpeluang menggunakannya di sekolah sahaja. Beliau juga tidak mahir menggunakan komputer.
Sejak mendaftar menjadi ahli, beliau selalu menghadiri kelas yang diadakan di PI. Kini, beliau boleh menggunakan Microsoft Office seperti Word, Excel dan Powerpoint. Selain itu, beliau juga boleh mencari maklumat menggunakan pelayar Google untuk tujuan ulangkaji pelajaran atau membuat kerja sekolah. Beliau juga selalu datang ke PI untuk mencari maklumat berkaitan mata pelajaran di sekolahnya selain membuka aplikasi Frog VLE untuk membuat ulangkaji dan latihan berkaitan mata pelajaran di sekolah. Selain itu, eliau juga selalu datang ke PI untuk mencari maklumat berkaitan mata pelajaran di sekolahnya. Selain itu, beliau juga mempunyai akaun media sosial iaitu facebook.
PI juga menyediakan komputer dan capaian internet secara percuma kepada pelajar dan juga ahli berdaftar. Kemudahan ini dimanfaatkan oleh beliau terutamanya untuk mengulangkaji pelajaran. Ini amat membantu beliau yang tidak mempunyai kemudahan tersebut di rumah.
Nur Manisha Binti Khairol Nizan
Adik Nur Manisha merupakan seorang pelajar tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi. Beliau tidak mempunyai kemudahan komputer dan internet di rumah dan hanya berpeluang menggunakannya di sekolah sahaja. Beliau juga tidak mahir menggunakan komputer sebelum ini. Beliau selalu menghadiri kelas dan juga aktiviti yang diadakan di PI. Kini, beliau boleh menggunakan Microsoft Office seperti Word, Excel dan Powerpoint. Selain itu, beliau juga boleh mencari maklumat menggunakan pelayar Google untuk tujuan ulangkaji pelajaran atau membuat kerja sekolah.
Beliau sering hadir ke PI untuk menggunakan komputer dan juga internet. Beliau juga selalu datang ke PI untuk mencari maklumat berkaitan mata pelajaran di sekolahnya selain membuka aplikasi Frog VLE untuk membuat ulangkaji dan latihan berkaitan mata pelajaran di sekolah. Beliau juga mempunyai akaun media sosial iaitu Instagram. Tambahan pula,penggunaan kemudahan di PI adalah percuma.
Beliau juga selalu datang ke PI untuk membuat kerja-kerja seperti menaip. Kadang – kala, beliau akan meminta petugas PI untuk menerangkan sesuatu yang tidak difahami. Selain itu, beliau juga selalu hadir ke PI untuk mencari maklumat berkaitan mata pelajarannya di sekolah atau melayari media sosial.
Muhammad Shafiq Bin Hamzah
Muhammad Shafiq bin Hamzah merupakan seorang usahawan cendawan kukur. Mempunyai sebuah rumah cendawan dan mula berniaga pada tahun 2017 dengan memiliki 500 bongkah cendawan dengan ruang seluas 10 x 6 kaki persegi sahaja. Sebelum ini, beliau tidak berapa mahir dalam promosi atau iklan. Oleh itu, pelanggannya sekadar orang yang mengenali beliau di kawasan tempat tinggal beliau dan pasar – pasar berdekatan sahaja.
Beliau dapat menggunakan kemudahan yang ada di PI untuk tujuan perniagaannya secara percuma. Selain boleh mengemaskini maklumat jualan di facebook, beliau juga sering mengemaskini mengenai cendawan yang diusahakannya. Dengan cara ini,pelanggannya lebih mudah untuk mengetahui bila dan di mana beliau akan berniaga. Malah, pelanggan juga boleh menempah secara atas talian melalui whatsapps. Kini, beliau sudah mula menerima tempahan cendawan dari luar negeri Perak.
PI menyediakan kemudahan seperti komputer dan jaringan internet secara percuma kepada usahawan. Oleh itu, peluang ini dimanfaatkan oleh beliau untuk datang ke PI dan secara tidak langsung menjimatkan kos. Selalunya, beliau akan datang ke PI untuk mengemaskini akaun Facebook atau mencari maklumat berkaitan perniagaannya.
Che Zainab Binti Hj Mohd
Pn Che Zainab binti Hj Mohd Pn Che Zainab binti Hj Mohd merupakan seorang guru kemahiran untuk unit Pendidikan Kesejahteraan Keluarga di bawah KEMAS sejak 1990. Menggunakan kemahiran yang ada, beliau menggunakannya untuk menjana pendapatan dengan membuat kelas masakan,menjual produk makanan serta kraftangan.
Sebelum ini, beliau hanya berniaga secara kecil-kecilan di sekitar Kubu Gajah jika terdapat tempahan sahaja. Dengan adanya kemudahan ICT seperti komputer, internet dan media sosial, beliau boleh membuat iklan dan promosi dengan mudah dan percuma. Malah, iklan dan promosinya lebih meluas dan tidak terhad ke kawasan sekitar kawasan Selama sahaja.
Beliau selalu berkolaborasi dengan PI untuk menjayakan kelas-kelas masakan untuk penduduk sekitar Kubu Gajah. Beliau sangat dikenali di Kubu Gajah, maka ramai penduduk yang membuat tempahan makanan dengan beliau terutama ketika musim perayaan. Selain itu, beliau juga mempunyai sebuah blog di mana beliau akan berkongsi resipi masakannya di situ.
PI menyediakan kemudahan komputer dan internet secara percuma kepada usahawan. Oleh itu, beliau memanfaatkan kemudahan yang ada terutamanya melayari internet untuk mencari maklumat, kerja-kerja menaip dan juga membuat promosi atas talian. Beliau juga akan bertanya kepada petugas PI jika terdapat sebarang masalah atau tidak tahu untuk membuat sesuatu menggunakan komputer.
Aidib Shah Iskandar Bin Salleh
Adik Aidib Shah Iskandar merupakan seorang pelajar tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Asam Kumbang, Taiping, Perak. Beliau tidak mempunyai kemudahan komputer dan internet di rumah dan hanya berpeluang menggunakannya di sekolah sahaja. Beliau juga tidak mahir dalam menggunakan komputer. Beliau tinggal di asrama, namun apabila pulang beliau akan menghadiri kelas dan aktiviti yang diadakan di Pi1M. Selain itu, beliau juga boleh mencari maklumat menggunakan pelayar Google untuk tujuan ulangkaji pelajaran atau membuat kerja sekolah. Beliau juga selalu datang ke Pi1m untuk mencari maklumat berkaitan mata pelajaran di sekolahnya selain membuka aplikasi Frog VLE untuk membuat ulangkaji dan latihan berkaitan mata pelajaran di sekolah.
Selain itu,beliau juga mempunyai akaun media sosial iaitu Facebook dan selalu datang untuk melayari media sosial itu. Beliau selalu menghadiri kelas-kelas yang diadakan di Pi1m. Tambahan pula, kelas yang diadakan adalah percuma. Selain itu, Pi1m juga menyediakan komputer dan capaian internet secara percuma kepada pelajar. Kemudahan ini dimanfaatkan oleh beliau terutamanya untuk mengulangkaji pelajaran. Ini amat membantu beliau yang tidak mempunyai kemudahan tersebut di rumah.
Encik Hafiz Bin Zulkifli
Hafiz bin Zulkifli merupakan seorang peniaga atas talian. Beliau menjual barangan sukan seperti jersi dan pelbagai jenis kasut berjenama. Menggunakan medium media sosial seperti whatsapps, Facebook dan juga Instagram untuk mempromosikan barang jualannya. Sebelum ini, beliau kurang mahir dalam promosi atau iklan. Oleh itu, pelanggannya sekadar rakan-rakan yang mengenali beliau serta penduduk setempat di kawasan berdekatan sahaja.
Beliau dapat menggunakan kemudahan internet di mana sahaja untuk tujuan perniagaannya secara percuma. Selain boleh mengemaskini maklumat jualan di facebook dan instagram, beliau juga sering membuat promosi jika terdapat barangan baru. Dengan cara ini,pelanggannya lebih mudah untuk mengetahui jika terdapat barangan baru yang menarik minat mereka..Malah,Pelanggan juga boleh menempah secara atas talian melalui whatsapps. Kini, beliau sudah mula menerima tempahan dari merata tempat dan membuat penghantaran secara pos atau Cash On Delivery.
Puan Nor Hidayu Binti Hassan
Puan Nor Hidayu merupakan seorang usahawan yang menjual nasi lemak dan juga char kue tiaw. Beliau mempunyai sebuah kedai makan char kue tiaw dan juga warung tolak untuk meniaga nasi lemak di pasar. Beliau mula berniaga pada tahun 2014 kerana tidak mahu terikat dengan kerja makan gaji serta minat terhadap perniagaan.
Sebelum ini, beliau tidak berapa mahir dalam promosi atau iklan. Belaiu juga tidak mahir menggunkan media sosial. Oleh itu, pelanggannya sekadar orang yang mengenali beliau di kawasan tempat tinggal beliau dan pasar – pasar berdekatan sahaja. Beliau dapat menggunakan kemudahan yang ada di Pi1m untuk tujuan perniagaannya secara percuma.
Selain boleh mengemaskini maklumat jualan di facebook, beliau juga akan mengemaskini mengenai perniagaan yang diusahakannya. Dengan cara ini,pelanggannya lebih mudah untuk mengetahui sama ada beliau berniaga ataupun tidak.Malah, pelanggan juga boleh menempah secara atas talian melalui whatsapps. Selain itu, beliau juga akan memuat naik iklan di facebook jika ada menjual makanan baru.
Puan Yusrohaizan Binti Mat Yusop
Pn Yusrohaizan binti Mat Yusop merupakan seorang peniaga di pasar-pasar sekitar Selama, Perak. Selain menjual pizza, beliau menjual barangan makanan lain seperti biskut timbang. Beliau telah mula berniaga semenjak tahun 2005. Apabila bulan Ramadan tiba, beliau akan mengambil peluang untuk mencari pendapatan lebih dengan mempelbagaikan jualan. Antara jualan yang ada pada bulan Ramadan ialah dodol, kuih raya dan produk kering seperti kurma.
Sebelum ini, beliau tidak melakukan apa-apa promosi atau iklan kerana kos yang agak mahal. Oleh itu, pelanggannya sekadar orang yang hadir ke pasar-pasar tempat beliau berniaga. Beliau dapat menggunakan kemudahan yang ada di Pi1m untuk tujuan perniagaannya secara percuma. Selain boleh mengemaskini maklumat jualan di facebook, beliau juga sering mengemaskini lokasi dan waktu beliau berniaga. Dengan cara ini,pelanggannya lebih mudah untuk mengetahui bila dan di mana beliau akan berniaga. Malah, pelanggan juga boleh menempah secara atas talian melalui whatsapps.
Muhd Zarif Zakwan Bin Zakaria
Adik Muhd Zarif Zakwan merupakan seorang pelajar tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Sungai Dendang. Beliau tidak mempunyai kemudahan komputer dan internet di rumah dan hanya berpeluang menggunakannya di sekolah sahaja. Beliau juga tidak mahir menggunakan komputer. Sejak Pi1m dibuka, beliau selalu menghadiri kelas dan aktiviti yang diadakan di Pi1M. Selain itu, beliau juga boleh mencari maklumat menggunakan pelayar Google untuk tujuan ulangkaji pelajaran atau membuat kerja sekolah.
Beliau juga selalu datang ke Pi1m untuk mencari maklumat berkaitan mata pelajaran di sekolahnya selain membuka aplikasi Frog VLE untuk membuat ulangkaji dan latihan berkaitan mata pelajaran di sekolah. Kadang-kala, beliau datang bersama rakan-rakannya untuk membuat kerja sekolah di Pi1m. Selain itu, beliau juga akan datang ke Pi1m untuk menyemak dan mencetak keputusan ujian dan peperiksaan di sekolah.
Beliau juga mempunyai akaun media sosial iaitu Facebook dan juga Instagram dan selalu datang ke Pi1m untuk melayari media sosial. Beliau selalu menghadiri kelas-kelas yang diadakan di Pi1m. Tambahan pula, kelas yang diadakan adalah percuma. Selain itu, Pi1m juga menyediakan komputer dan capaian internet secara percuma kepada pelajar. Kemudahan ini dimanfaatkan oleh beliau terutamanya untuk mengulangkaji pelajaran. Ini amat membantu beliau yang tidak mempunyai kemudahan tersebut di rumah.
Khusyairi Bin Hafizul
Adik Khusyairi bin Hafizul merupakan seorang pelajar tahun 2 di Sekolah Kebangsaan Sungai Dendang. Sejak Pi1m dibuka, beliau selalu menghadiri kelas dan aktiviti yang diadakan di Pi1M. Selain itu, beliau juga boleh mencari maklumat menggunakan pelayar Google untuk tujuan ulangkaji pelajaran atau membuat kerja sekolah.
Beliau juga selalu datang ke Pi1m untuk mencari maklumat berkaitan mata pelajaran di sekolahnya selain membuka aplikasi Frog VLE untuk membuat ulangkaji dan latihan berkaitan mata pelajaran di sekolah. Kadang-kala, beliau datang bersama rakan-rakannya untuk membuat kerja sekolah di Pi1m. Antara aktiviti yang diminati beliau ialah bermain kuiz Kahoot online dan juga Speed Typing Test. Beliau juga mempunyai akaun media sosial Instagram dan selalu datang ke Pi1m untuk melayari media sosial seperti Youtube.
Beliau selalu menghadiri kelas-kelas yang diadakan di Pi1m. Tambahan pula, kelas yang diadakan adalah percuma. Selain itu, Pi1m juga menyediakan komputer dan capaian internet secara percuma kepada pelajar. Kemudahan ini dimanfaatkan oleh beliau terutamanya untuk mengulangkaji pelajaran. Ini amat membantu beliau yang tidak mempunyai kemudahan tersebut di rumah.
Encik Muhammad Noor Azizi Bin Zakaria
En Muhammad Noor Azizi merupakan seorang graduan dari universiti tempatan. Namun, beliau memilih untuk tinggal di kampong halaman. Beliau memilih untuk berniaga dan perniagaan yang beliau jalankan adalah menjual nasi kukus ayam berempah. Beliau membuka sebuah gerai yang terletak di Sungai Bayor, Selama, Perak.
Beliau menggunakan kemajuan ICT untuk mempromosikan perniagaannya. Tambahan pula, penggunaan media sosial sangat efektif, mudah malah percuma. Selain boleh mengemaskini maklumat jualan di facebook dan Instagram, pelanggan juga boleh menempah makanan melalui aplikasi Whatsapp sahaja. Dengan cara ini, pelanggan dapat mengetahui maklumat mengenai perniagaannya malah tidak perlu menunggu lama untuk makanan disiapkan.
Disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu, kini beliau lebih banyak menerima tempahan secara atas talian sahaja. Cara ini dapat mengelakkan kerugian kerana beliau hanya perlu memasak berdasarkan tempahan awal sahaja. Ini adalah satu contoh perniagaan yang memanfaatkan ICT sebagai pemudahcara perniagaan.
Puan Nor Azua Binti Idros
Pn Nor Azua binti Idros merupakan seorang peniaga atas talian. Beliau banyak menjual barangan secara atas talian. Namun, pernaigaan utama beliau ialaha perkhidmatan bekan klinikal dan juga spa. Bermula secara kecil-kecilan, kini beliau beroperasi di sebuah lot kedai yang bertempat di Pekan Selama, Perak.
Beliau mendapat pendedahan untuk menggunakan media sosial sebagai platform iklan dan promosi. Selain boleh mengemaskini maklumat jualan di facebook, beliau juga sering membuat promosi jika terdapat tawaran baru. Dengan cara ini,pelanggannya lebih mudah untuk mengetahui jika terdapat barangan baru yang menarik minat mereka. Malah, Pelanggan juga boleh menempah dan bertanya sesuatu secara atas talian melalui whatsapps. Kini, beliau sudah mula menerima pelanggan yang lebih ramai.
Shaqina Fathiah Binti Shaiful Azman
Adik Shaqina Fathiah binti Shaiful Azman merupakan seorang pelajar tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Selama, Jalan Menteri, Selama, Perak. Beliau tidak mempunyai kemudahan komputer dan internet di rumah. Hanya berpeluang menggunakannya di sekolah sahaja. Beliau juga tidak mahir menggunakan komputer. Beliau selalu menghadiri kelas dan aktiviti yang diadakan di Pi1M.
Selain itu, beliau juga boleh mencari maklumat menggunakan pelayar Google untuk tujuan ulangkaji pelajaran atau membuat kerja sekolah. Beliau juga selalu datang ke Pi1m untuk mencari maklumat berkaitan mata pelajaran di sekolahnya selain membuka aplikasi Frog VLE untuk membuat ulangkaji dan latihan berkaitan mata pelajaran di sekolah. Beliau juga selalu datang ke pusat internet untuk mengulangkaji pelajaran.
Selain itu, beliau juga rajin bertanya kepada petugas pusat internet jika tidak faham mengenai sesuatu berkaitan kerja sekolah atau cara menggunakan komputer seperti cara untuk menggunakan Microsoft Office. Beliau selalu menghadiri kelas-kelas yang diadakan di Pi1m. Tambahan pula, kelas yang diadakan adalah percuma. Selain itu, Pi1m juga menyediakan komputer dan capaian internet secara percuma kepada pelajar. Kemudahan ini dimanfaatkan oleh beliau terutamanya untuk mengulangkaji pelajaran. Ini amat membantu beliau yang tidak mempunyai kemudahan tersebut di rumah.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Bhna Agrofarm Sdn Bhd
En. Badrul Hisyam merupakan seorang usahawan muda yang berusia 30 tahun. Mengusahakan perniagaan cendawan goreng sejak 2018 di rumahnya menggunakan modal sendiri secara kecil-kecilan. Sebelum wujudnya Pi, beliau hanya bergantung kepada mobile internet dan juga kafé siber untuk mengemaskini maklumat jualannya di Facebook. Cara ini agak sukar kerana jaringan mobile internet agak perlahan dan penggunaan café siber mengenakan cas yang agak tinggi. Tambahan pula, beliau tidak mempunyai komputer dan tiada jaringan internet yang baik di rumah.
Beliau mendaftar sebagai ahli dan dapat menggunakan kemudahan yang ada di Pi untuk tujuan perniagaannya. Selain boleh mengemaskini maklumat jualan di facebook, beliau juga boleh mencari maklumat berkaitan teknologi penanaman cendawan. Selain itu, beliau juga menggunakan internet untuk mencari maklumat berkaitan tempat dan cara pemasaran. Beliau juga menerima tempahan melalui aplikasi whatsapps dan membuat penghantaran kepada pelanggan. Bermula di kawasan sekitar kampung Ulu Nor, kini beliau menerima tempahan dan membuat penghantaran hingga ke Pekan Selama.
Pi menyediakan kemudahan seperti komputer dan jaringan internet secara percuma kepada usahawan. Oleh itu, peluang ini dimanfaatkan oleh beliau untuk datang ke Pi dan secara tidak langsung menjimatkan kos. Selalunya, beliau akan datang ke pi untuk mengemaskini akaun Facebook atau mencari maklumat berkaitan perniagaannya.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Nur Balqis Umairah Binti Azman
Adik Nur Balqis Umairah merupakan seorang pelajar tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi. Beliau tidak mempunyai kemudahan komputer dan internet di rumah dan hanya berpeluang menggunakannya di sekolah sahaja. Beliau selalu menghadiri kelas yang diadakan di pusat internet. Kini, beliau boleh menggunakan Microsoft Office seperti Word, Excel dan Powerpoint. Selain itu, beliau juga boleh mencari maklumat menggunakan pelayar Google untuk tujuan ulangkaji pelajaran atau membuat kerja sekolah.
Beliau selalu menghadiri kelas-kelas yang diadakan di pusat internet. Tambahan pula, kelas yang diadakan adalah percuma. Selain itu, Pi juga menyediakan komputer dan capaian internet secara percuma kepada pelajar.
Kemudahan ini dimanfaatkan oleh beliau terutamanya untuk mengulangkaji pelajaran. Ini amat membantu beliau yang tidak mempunyai kemudahan tersebut di rumah. Beliau selalu datang ke Pusat internet untuk membuat kerja sekolah atau mengulangkaji. Beliau juga akan bertanya kepada petugas Pusat internet jika tidak memahami sesuatu.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Nur Nabila Najwa Binti Ariffin
Nur Nabila Najwa merupakan seorang pelajar tingakatan 5 di SMK Kubu Gajah. Walaupun masih belajar tetapi beliau sudah mula berjinak-jinak untuk menceburi bidang perniagaan. Buat masa ini, beliau hanya berniaga secara atas talian serta khidmat penghantaran kepada pelanggan sekitar Kubu Gajah sahaja. Sebelum ini, beliau tidak berapa mahir dalam promosi atau iklan. Oleh itu, pelanggannya sekadar orang yang tinggal berdekatan serta para kenalan sahaja.
Beliau dapat menggunakan kemudahan yang ada di pusat internet untuk tujuan perniagaannya secara percuma. Selain boleh mengemaskini maklumat jualan, beliau juga selalu mencari maklumat mengenai masakan untuk menambah baik makanan yang dijual. Beliau juga selalu mencari maklumat tentang cara orang lain berniaga secara atas talian. Pelanggan juga boleh menempah secara atas talian melalui whatsapps.
Kemudian, pesanan akan dihantar ke rumah pelanggan. Pusat internet menyediakan kemudahan seperti komputer dan jaringan internet secara percuma kepada usahawan. Oleh itu, peluang ini dimanfaatkan oleh beliau untuk datang ke Pi dan secara tidak langsung menjimatkan kos. Selalunya, beliau akan datang ke pi untuk mencari maklumat berkaitan perniagaannya. Selain itu, pusat internet juga ada mengadakan kelas masakan serta kelas keusahawanan.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Che Zainab Binti Haji Mohd
Che Zainab merupakan seorang tenaga pengajar untuk agensi Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) untuk Kemas Daerah Selama. Beliau tidak mempunyai kemudahan komputer dan internet di rumah. Beliau juga tidak mahir menggunakan komputer. Selalu hadir ke pusat internet untuk menggunakan komputer terutamanya untuk tujuan menaip dan mencari resipi masakan. Selain itu, beliau juga boleh mencari maklumat menggunakan pelayar Google dan menyimpakannya untuk rujukan peribadi. Beliau juga selalu datang ke pusat internet untuk mencari maklumat atau menggunakan Microsoft Office Word untuk menaip berkaitan kerjanya. Beliau sering bertanya kepada petugas pusat internet jika terdapat sebarang masalah. Beliau juga mempunyai sebuah blog masakan yang dipelajarinya dari pusat internet.
Beliau selalu datang ke pusat internet untuk membuat kerja beliau. Tambahan pula, penggunaan komputer di sini adalah percuma. Selain itu, Pi juga menyediakan komputer dan capaian internet secara percuma.
Kemudahan ini dimanfaatkan oleh beliau terutamanya jika berkaitan dengan kerja beliau.Selain itu, beliau boleh bertanya terus kepada petugas jika terdapat sebarang masalah. Beliau juga sering menjadi tenaga pengajar untuk kelas masakan yang diadakan di pusat internet.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
CIK Nur Afifah binti Azizan
Cik Afifah merupakan seorang usahawan muda yang berusia 25 tahun. Mengusahakan perniagaan kek dan roti. Sebelum wujudnya Pi, beliau hanya melakukan iklan ke kawasan sekitar dan melalui kenalan sahaja. Selain itu, beliau tidak mempunyai komputer dan tiada jaringan internet yang baik di rumah.
Beliau mendaftar sebagai ahli dan dapat menggunakan kemudahan yang ada di Pi untuk tujuan perniagaannya. Dengan adanya kemudahan yang ada di pusat internet beliau dapat mengiklan produk beliau melalui facebook dan whatsapp.Hal ini,beliau dapat mengiklan produk beliau dengan lebih cekap dan meluas.
Bermula di kawasan sekitar Selama, kini beliau menerima pelanggan hingga ke Taiping dan sekitarnya.
Pi menyediakan kemudahan seperti komputer dan jaringan internet secara percuma kepada usahawan. Oleh itu, peluang ini dimanfaatkan oleh beliau untuk datang ke Pi dan secara tidak langsung menjimatkan kos. Selalunya, beliau akan datang ke pi mencari maklumat berkaitan perniagaannya serta cara mengembangkan peniagaan beliau melalui tontonan video-video usahawan dan belajar resepi kek dan roti terbaru melalui youtube.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
EN Abu Ayub Ansari bin Biraudin
Encik Abu merupakan seorang usahawan muda yang berusia 23 tahun. Mengusahakan perniagaan makanan iaitu kepak ayam goreng cheese pedas.. Sebelum wujudnya Pi, beliau hanya melakukan iklan ke kawasan sekitar dan melalui kenalan sahaja. Selain itu, beliau tidak mempunyai komputer dan tiada jaringan internet yang baik di rumah.
Beliau mendaftar sebagai ahli dan dapat menggunakan kemudahan yang ada di Pi untuk tujuan perniagaannya. Dengan adanya kemudahan yang ada di pusat internet beliau dapat mengiklan produk beliau melalui facebook serta whatsapp.Hal ini,beliau dapat mengiklan produk beliau dengan lebih cekap dan meluas.
Bermula di kawasan sekitar Selama, kini beliau menerima pelanggan hingga ke Taiping.
Pi menyediakan kemudahan seperti komputer dan jaringan internet secara percuma kepada usahawan. Oleh itu, peluang ini dimanfaatkan oleh beliau untuk datang ke Pi dan secara tidak langsung menjimatkan kos. Selalunya, beliau akan datang ke pi mencari maklumat berkaitan perniagaannya serta cara mengembangkan peniagaan beliau melalui tontonan video-video usahawan dan belajar resepi ayam goreng terbaru melalui youtube serta memperkasakan kemahiran pemasaran beliau melalui bacaan di blog-blog online.