Permohonan Penukaran Penama Akaun Bil Elektrik & Penggunaan Aplikasi myTNB
12 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniPetugas PEDi Pekan Kubu Gajah telah membimbing komuniti untuk membuat permohonan penukaran penama akaun bil elektrik melalui portal rasmi Tenaga Nasional Berhad (TNB) tanpa perlu berurusan di kaunter fizikal.
Selain itu, petugas PEDi turut memperkenalkan dan membimbing komuniti mendaftar serta menggunakan aplikasi myTNB untuk lain-lain kemudahan seperti mengakses penggunaan semasa, e-bill, membuat bayaran bil serta mendapatkan info terkini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: