Kemas Kini Profil MPKK Daerah Selama
13 April 2019 | Aktiviti TerkiniSeramai 57 orang wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Daerah Selama telah hadir ke pusat internet untuk membuat kemaskini profil kampung seliaan masing-masing. Wakil yang hadir merupakan ketua kampung dan juga setiausaha MPKK untuk kampung-kampung di Daerah Selama. Tujuannya ialah untuk mengemaskini maklumat berkaitan kampung secara atas talian. Sesi tunjuk ajar telah disampaikan oleh beberapa orang pegawai KEMAS Daerah Selama. Sedikit taklimat mengenai pusat internet juga disampaikan kepada semua ketua kampung yang hadir.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: