Karnival Gempak Jelajah Kesedaran
8 April 2019 | Aktiviti TerkiniKarnival Gempak Jelajah Kesedaran ini merupakan sebuah program anjuran Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Negeri Perak. Karnival ini telah diadakan selama 2 hari bertempat di Taman Tasik Taiping. Terdapat pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang karnival ini. Pusat Internet di bawah SKMM juga telah menyertai karnival ini dengan membuka booth pameran. Antara aktiviti yang disediakan di booth pusat internet ialah pendaftaran ahli, penerangan mengenai keselamatan internet, serta kuiz berkaitan ICT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: