Kursus Do It Yourself
25 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniKursus Do It Yourself ini merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh pihak KEMAS Parlimen Larut. Kursus ini telah diadakan bertempat di bilik latihan Pusat Internet Kubu Gajah. Seramai 28 orang peserta wanita telah menyertai kursus ini. Disampaikan oleh En. Shamsuri bin Saari, kursus ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai cara asas pendawaian elektrik untuk peralatan asas di rumah. Setiap peserta kursus diberikan sebuah kotak kit peralatan sebagai saguhati penyertaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: