Kelas Memasak Pudding Bersama PKK
30 Disember 2017 | Aktiviti TerkiniPada 29 December 2017, bertempat di PI Kubu Gajah telah diadakan kelas memasak pudding anjuran bersama unit Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) Kubu Gajah. Kelas ini bermula pada pukul 3.30 petang. Antara resipi yang diajarkan adalah cara membuat pudding buah-buahan dan juga pudding biskut. Para peserta dapat melihat dan mencuba sendiri cara untuk menyediakan makanan tersebut. Selepas memasak, peserta dapat pula menikmati pudding yang telah siap di masak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: