Kelas Usahawan Online
23 April 2018 | Aktiviti TerkiniKelas usahawan online ini telah diadakan di bilik latihan PI Bagan Serai. Seramai 14 orang peserta telah menyertai kelas ini. Antara pengisian kelas ini ialah para peserta didedahkan dengan cara dan tips untuk berniaga menggunakan media sosial. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan tips pengiklanan serta cara-cara untuk membangunkan laman web persendirian untuk tujuan perniagaan. Kemudian, pesert didedahkan pula dengan teknik fotografi. Teknik ini bertujuan untuk membantu para usahawan untuk menangkap gambar produk bagi tujuan pengiklanan dan promosi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: