Karnival Sinar Harapan
05 November 2018 | Aktiviti TerkiniKarnival Sinar Harapan ini telah diadakan di Dataran Tepian Sungai Kerian, Parit Buntar. Karnival selama 2 hari ini merupakan anjuran Persatuan Kebajikan Komuniti Parit Buntar dengan kerjasama Pusat Khidmat rakyat Parlimen Parit Buntar. Pusat internet juga telah bersama-sama menyertai karnival ini dengan membuka booth.
Pelbagai aktivit menarik disediakan kepada para pengunjung. Di booth pusat internet, aktiviti seperti pengenalan kepada pusat internet, taklimat keselamatan internet serta kuiz yang menarik telah diadakan untuk para pengunjung.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: