Program Memasak Bubur Asyura
10 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniProgram ini merupakan anjuran KEMAS dan juga KRT Kubu Gajah dan telah diadakan di Gelanggang Bola Tampar pekan Kubu Gajah. Program bermula pada pukul 9.00 pagi di mana proses penyediaan bahan dilakukan secara bergotong-royong. Bubur perlu dimasak hampir 5 jam sebelum ia dibungkus dan diagihkan kepada komuniti setempat. Petugas Pusat Internet Kubu Gajah turut sama menyertai program ini untuk beramah-mesra bersama komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: