Program Ziarah KRT
14 April 2017 | Aktiviti TerkiniPersatuan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Kubu Gajah telahpun mengadakan satu program ziarah pada 14 April 2017. Pusat Internet 1 Malaysia Kubu Gajah telahpun menyertai program ini bersama dengan 5 orang ahli jawatankuasa KRT sebagai salah satu tanggungjawab sosial kepada masyarakat setempat.. Kali ini, warga Kubu Gajah yang diziarahi ialah Pn. Hjh. Mariam yang berusia 71 tahun. Kesihatan beliau mulai menurun sejak 2 tahun yang lalu menyebabkan beliau tidak berupaya untuk melakukan aktiviti harian
. Tujuan program ini diadakan ialah untuk menunjukkan semangat kasih sayang antara jiran tetangga dan keprihatinan ahli KRT terhadap warga yang kurang sihat selain merapatkan silaturahim. Selain itu, sedikit sumbangan juga diberikan kepada Pn. Hjh. Mariam. Didoakan semoga beliau cepat sembuh dan dapat menjalankan aktiviti harian seperti biasa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: