Program Usahawan MDEC
05 November 2017 | Aktiviti TerkiniPada 4 November 2017, sebuah program keusahawanan telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Padang Rengas. Seramai 37 orang usahawan tempatan telah menyertai bengkel keusahawan ini. Bengkel ini merupakan sebuah program anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) sebagai salah satu usaha untuk membantu usahawan dalam menambah pendapatan dan memajukan perniagaan mereka. Untuk bengkel kali ini, para usahawan telah diajarkan cara untuk memasarkan produk secara online oleh seorang usahawan yang berdaftar bersama MDEC.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: