Program Memasak Dan Mengagih Bubur Lambuk
17 Jun 2017 | Aktiviti TerkiniBertempat di Dataran Aman Jaya Pekan Kubu Gajah, telah diadakan program memasak dan mengagih bubur lambuk. Program ini merupakan kolaborasi pihak Adun Kubu Gajah, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) SMK Kubu Gajah,JKKK Kubu Gajah dan Masjid Ar-Rahmaniah Kubu Gajah. Program bermula pada pukul 9.00 pagi di mana penduduk setempat bergotong-royong untuk menyediakan bahan dan memasak bubur ini. Sebanyak 15kg beras telah digunakan untuk memasak. Pada sebelah petang, lebih dari 200 bungkus bubur lambuk telah diedarkan oleh ahli PBSM kepada pengunjung bazar Ramadan Kubu Gajah serta orang ramai yang melalui jalan utama di Pekan Kubu Gajah ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: